Taman Permainan Dataran Bandaraya MBMB kini mesra autisme

Taman Permainan Dataran Bandaraya MBMB kini mesra autisme

SHADAN Othman merasmikan Taman Permainan Dataran Bandaraya MBMB, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Taman Permainan Dataran Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kini mengetengahkan konsep mesra kanak-kanak autisme selepas selesai dinaik taraf.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, dengan kos RM200,000 taman permainan itu berwajah baharu dan lebih interaktif dengan ciri keselamatan turut dipertingkatkan melalui pemasangan lantai getah keselamatan (EPDM).

Jelasnya, EPDM yang lembut serta berwarna-warni amat sesuai untuk kanak-kanak, seterusnya dapat mengurangkan risiko kecederaan terutama kepada anak-anak istimewa.

“Malah lebih istimewa set permainan ini juga mesra kanak-kanak austisme yang sensitif kepada sentuhan, pergerakan, penglihatan dan juga bunyi.

“Kawasan ini semua sedia maklum setiap malam terutamanya pada cuti atau hujung minggu akan menjadi tumpuan masyarakat untuk beriadah dan bersantai bersama keluarga. Oleh sebab itu, MBMB mengambil langkah menambah baik padang permainan sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Taman Permainan Dataran Bandaraya MBMB di sini, hari ini.

Tambah Shadan, MBMB memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi mengindahkan kawasan pentadbirannya menjelang Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Ujarnya, peruntukan itu digunakan untuk kerja-kerja keceriaan, landskap, penanaman pokok bunga berwarna-warni dan pemasangan lampu hiasan.

“Setakat ini persiapan sudah hampir 90 peratus dan beberapa kerja-kerja lain perlu disiapkan bagi mengindahkan seluruh kawasan pentadbiran MBMB menyambut kedatangan TMM 2024.

“Sebanyak 3,000 batang pokok bunga berwarna-warni telah ditanam menghiasi laluan masuk ke Melaka, pemasangan lampu hiasan dan mengindahkan landskap sedia ada

“Insya-Allah dengan segala usaha yang MBMB laksanakan, ia akan menjadikan sambutan TMM 2024 lebih meriah dan dapat menarik ramai pengunjung datang ke Melaka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya