Sellection.Com anjur kempen Solidariti Palestin

Sellection.Com anjur kempen Solidariti Palestin

palestin
SEBAHAGIAN tetamu, pihak pengurusan Sellection Sdn. Berhad yang diwakili Nor Ra dah Khairuddin (duduk, tengah) bergambar bersama penceramah jemputan daripada MyFundAction Action, Siti Nabihah Zakaria (duduk dari kanan) selepas berakhirnya program Solidariti Bersama Palestin di Wangsa Maju. – UTUSAN/HANIFAH NAZIRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEKEJAMAN tentera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin menimbulkan kebencian masyarakat antarabangsa sehingga pelbagai kempen diadakan sebagai tanda sokongan kepada Palestin.

Sehubungan itu juga, Pengurusan Sellection.Com telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program Solidariti Bersama Palestin di Wangsa Maju baru baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nor Rafidah Khairuddin, pihaknya menjemput  wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO, MyFundAction Siti Nabihah Zakaria untuk menyampaikan kupasan tajuk ‘Lensa dari Gaza & Apakah Sumbangan Yang Boleh Dibantu’.

Menerusi program itu juga, katanya, tetamu berpeluang  mengetahui keadaan terkini konflik peperangan dan melestarikan isu kemanusiaan sejagat.

“Sangat menyayat hati apabila bilangan mangsa terkorban syahid telah meningkat. Tetapi sesuatu yang mengejutkan apabila lahirnya para generasi pejuang Palestin yang baru untuk membebaskan Palestin,” katanya.

Sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh hubungi laman sesawang MyFundAction iaitu https://myfundaction.org/about/. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN