Peluang kedua untuk 50 banduan Penjara Melaka

Peluang kedua untuk 50 banduan Penjara Melaka

PENGARAH Penjara Melaka, Roslan Mohamed (dua kiri) bersama Pengarah Perkeso Melaka, Abd. Razak Omar (kanan) dan Hizwani Hassan (kiri) berbual bersama OBB selepas Majlis Graduasi Program Heads Up Second Chance 2023 di Wisma Perkeso, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 50 banduan di Penjara Melaka yang berstatus orang bebas berlesen (OBB) mendapat peluang kedua untuk kembali ke pangkuan masyarakat, selain ditawarkan jaminan pekerjaan melalui Program Heads Up Second Chance 2023 hasil kerjasama Jabatan Penjara, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), SAORA Industries dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Hal-ehwal Pihak Berkepentingan Ekuinas, Hizwani Hassan berkata, program tahun kedua anjuran Iltizam iaitu cabang tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ekuinas berjaya membantu kesemua OBB mendapat pekerjaan dan bersedia memulakan perjalanan transformatif serta melakar hala tuju baharu dalam hidup.

Beliau berkata, ia turut diperluaskan kepada 45 banduan wanita di Penjara Wanita Kluang, Johor dan 40 juvana dari Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas di sini yang akan menyambut majlis graduasi tidak lama lagi.

“Sepanjang saya berurusan dengan Jabatan Penjara Melaka, mereka sering kali mengemukakan pelbagai idea untuk mentransformasi dan memberi kehidupan yang lebih baik untuk banduan-banduan di bawah pengawasan mereka.

“Kami di Ekuinas sentiasa mencari peluang untuk membantu membangunkan komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik melalui dana hasil pulangan di atas pelaburan kami. Jelas, ini adalah kolaborasi yang berkesan di antara kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Graduasi Program Heads Up Second Chance 2023 di Wisma Perkeso, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Hizwani, pada 2022, seramai 55 juvana yang menamatkan penggal di SHG Telok Mas telah dibantu mendapat pekerjaan yang baik dan berasimilasi semula ke dalam masyarakat dengan berkesan.

“Kita kini berdepan dengan pasaran kerja yang sangat kompetitif, tambah lagi dengan cabaran sosio ekonomi pasca Covid-19. Komuniti bekas banduan akan berdepan dengan cabaran besar dalam mendapat pekerjaan dan diterima semula dalam masyarakat.

“Kami ingin membantu agar komuniti bekas banduan tidak terpinggir dan dapat bersaing daripada segi kemahiran, komunikasi dan keyakinan untuk merebut peluang-peluang baik yang ada, demi membangunkan diri dan berdikari,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya