SERAMAI 28 orang pelajar bersama guru-guru pengiring serta wakil Lembaga Pengelola Sekolah Islam Darul Azwar (DAIS) mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa lokasi di Kedah.
Lawatan dianjurkan secara bersama menerusi Kelab Bahasa Melayu dan Sejarah serta Kelab Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) itu berkunjung ke Muzium Negeri Kedah dan Pusat Sains Negara Wilayah Utara di Alor Setar.
Tujuan lawatan adalah untuk memupuk semangat belajar terhadap subjek Sains serta Sejarah yang mana objektifnya menyasarkan agar pelajar lebih aktif mempelajari subjek sukar dan tidak menghadkan pembelajaran ilmu sains hanya di dalam kelas.
Pihak pengurusan DAIS berharap agar pelajarnya menimba ilmu pengetahuan baru sesuai dengan tahap, usia dan pemikiran masing-masing pada lawatan kali pertama itu. – UTUSAN