UiTM terima kemasukan 323 pelajar baharu Masscomm - Utusan Malaysia

UiTM terima kemasukan 323 pelajar baharu Masscomm

SEBAHAGIAN mahasiswa bergambar bersama pengurusan FKPM pada sesi taklimat kemasukan siswa baharu bagi program peringkat ijazah sarjana muda di UiTM Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 323 mahasiswa baharu Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FPKM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendaftar masuk pada minggu pertama semester bagi sesi Oktober 2023 hingga Februari 2024.

Jumlah tersebut dikatakan meningkat sehingga 30 peratus berbanding semester lalu menjadikan keseluruhan jumlah mahasiswa fakulti itu termasuk di kampus cawangan Rembau, Negeri Sembilan dan Alor Gajah, Melaka seramai 3,500 orang.

Dekan fakulti, Prof. Madya Dr. Abd. Rasid Abd. Rahman berkata, jumlah tersebut merangkumi mahasiswa di pelbagai peringkat daripada diploma hingga doktor falsafah (PhD).

“Kemasukan siswa baharu semester ini terutama peringkat ijazah sarjana muda termasuklah lepasan matrikulasi, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan diploma dalam jurusan lain.

“Sebahagian besarnya pula merupakan mahasiswa penerapan daripada Diploma Komunikasi dan Media serta Diploma Komunikasi Media Baharu dan Keusahawanan Kandungan,” katanya ketika ditemui pada taklimat mahasiswa baharu FKPM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya