SMK Puteri, Seremban anjur Hari Keusahawanan - Utusan Malaysia

SMK Puteri, Seremban anjur Hari Keusahawanan

CHA Kee Chin (tiga dari kanan) menyerahkan cek peruntukan kepada Kamarul Shah Mohd. Saleh pada Hari Keusahawanan dan Hari Terbuka SMK Puteri, Seremban baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri, Seremban mengadakan Hari Keusahawanan dan Hari Terbuka sekolah tersebut baru-baru ini.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Puteri, Kamarul Shah Mohd. Saleh berkata, program itu diadakan susulan hasrat pihaknya untuk mengumpul dana bagi sumbangan aktiviti semua warga sekolah.

Jelasnya, program yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 2.30 petang itu dipenuhi dengan aktiviti keusahawanan oleh pelajar dan komuniti luar, aktiviti permainan, perkhidmatan dan juga pameran oleh agensi kerajaan dan swasta yang terlibat.

Katanya, Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin telah merasmikan majlis berkenaan dan turut menyerahkan tiga cek peruntukan untuk disalurkan bagi dana PIBG serta pemasangan penyaman udara dan menyediakan galeri sejarah di sekolah berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya