Pintas Utama teroka teknologi baharu pembinaan di persada antarabangsa - Utusan Malaysia

Pintas Utama teroka teknologi baharu pembinaan di persada antarabangsa

ALEXANDER Nanta Linggi (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Ir. Marhalim Mohamed yang disertai Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir. Sazali Harun (kanan); Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Teknikal Pintas Utama, Datuk Ir. Shafawi Ishak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYARIKAT kejuruteraan, Pintas Utama menjadikan peluang sebagai pempamer di Pavilion Malaysia sempena Kongres Jalan Raya Dunia Ke-28 (WRC) di Prague, Republic Czech sebagai batu loncatan mengintai inovasi serta teknologi terkini yang boleh diguna pakai dalam meningkatkan produktiviti, daya saing dan nilai tambah sektor pembinaan di Malaysia.

Turut serta dalam kongres itu ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang turut menyempurnakan perasmian Pavilion Malaysia serta menyampaikan sijil penghargaan kepada syarikat pembinaan yang turut menyertai WRC 2023.

Seiring dengan Hala Tuju Strategik Kementerian Kerja Raya (KKR) 2021-2025, justeru usaha mempertingkat penggunaan teknologi hijau dalam industri pembinaan menjadi salah satu titik tumpu Pintas Utama menyertai kongres tersebut yang menghimpunkan ribuan pemain industri pembinaan berkelayakan serta pakar dari seluruh dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya