Lif rosak, APM bawa turun tiga warga emas dari tingkat 18

Lif rosak, APM bawa turun tiga warga emas dari tingkat 18

ANGGOTA APM bergambar bersama tiga sekeluarga yang berjaya dibawa turun dari tingkat 18 ke tempat parkir di tingkat lima Pangsapuri Amber Cove, Klebang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Gara-gara lif di Pangsapuri Amber Cove, Klebang di sini mengalami kerosakan, sepasukan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan bantuan khidmat khas bagi membawa turun tiga sekeluarga termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) dari tingkat 18 ke tempat parkir di tingkat lima, petang kelmarin.

Pegawai Operasi Pejabat Daerah APM (PDPA) Melaka Tengah, Leftenan (PA) Mohd. Kamil Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.00 petang yang meminta bantuan membawa turun lelaki OKU berusia 68 tahun, kudung kedua-dua belah kaki.

Menurutnya, turut dibawa turun ialah isteri lelaki OKU itu berusia 73 tahun dan mentuanya berumur 80 tahun, masing-masing mengidap penyakit jantung dan asma kronik.

“Mereka menghubungi APM meminta bantuan membawa warga emas itu turun dari tingkat 18 ke tempat parkir di tingkat lima, berikutan lif di tempat mereka tinggal rosak. Mereka meminta bantuan itu kerana ingin menyertai acara larian di Stadium Hang Jebat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Kamil, sepasukan 13 pegawai dan anggota dihantar ke lokasi bagi membantu menurunkan semua mangsa.

Menurutnya, kesemua merea berjaya dibawa turun melalui tangga dengan selamat menggunakan teknik menyelimut dan mengikat.

“Ketiga-tiga mangsa datang bersama keluarga mereka dari Batu Pahat, Johor untuk bercuti di negeri ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya