KMEK, LHDN Kedah erat hubungan - Utusan Malaysia

KMEK, LHDN Kedah erat hubungan

AZIZ Din (tengah) bersama kepimpinan KMEK dan warga LHDN Kedah selepas sesi libat urus di Pejabat LHDN Kedah di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SESI libat urus antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kedah bersama Kelab Media Elit Kedah (KMEK) berlangsung baru-baru ini bertempat di Pejabat LHDN Kedah di Alor Setar.

Menerusi pertemuan itu, kedua-dua pihak diberi penerangan mengenai tanggungjawab dan peranan masing-masing serta kerjasama yang boleh dijalin bagi memberi lebih kefahaman kepada masyarakat mengenai sistem percukaian.

Menurut Pengarah LHDN Kedah, Aziz Din, antara diberi penekanan pihaknya ketika ini adalah Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0 yang memberi peluang kepada beberapa golongan termasuk mereka yang belum pernah melaporkan pendapatan agar membuat pengakuan sukarela tanpa dikenakan penalti.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang untuk membuat pengakuan itu kerana tidak semua golongan dikenakan cukai pendapatan selain maklumat diberikan juga mungkin melayakkan mereka untuk menerima bantuan daripada kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya