2,286 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda UniSZA - Utusan Malaysia

2,286 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda UniSZA

DR. Fadzli Adam (depan, enam dari kiri) bergambar kenangan bersama sebahagian pelajar baharu yang mendaftar di UniSZA, Kuala Nerus, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima kemasukan seramai 2,286 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2023/2024, baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, seramai 699 adalah pelajar lelaki dan 1,587 lagi pelajar perempuan yang mendaftar di ketiga-tiga kampus UniSZA iaitu kampus Gong Badak, kampus Besut dan kampus Perubatan.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, semua pelajar baharu itu akan mengikuti pengajian masing-masing dalam 42 program pengajian Ijazah Sarjana Muda di 11 fakulti.

Kesemua pelajar baharu tersebut menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) selama lima hari untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di kampus tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya