MASJID Kariah Kampung Batu 10, Cheras baru-baru ini mengadakan program ziarah kebajikan di Cheras.
Menurut nazir masjid berkenaan, Zulkifli Abdul Ghaffar, program bertujuan menyantuni, menyampaikan sumbangan dan memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan bantuan.
“Difahamkan bekas siak kami, Anuar Ahmad telah diserang strok dan sakit jantung. Begitu juga anak kariah warga emas, Esah Abdullah yang kini menderita penyakit gastrik teruk dan bakal menjalani pembedahan tidak lama lagi,” katanya.
Beliau mewakili pihak pengurusan masjid dan ahli kariah mendoakan kedua-duanya dikurniakan kesembuhan penyakit dan bersabar menghadapi ujian ini. – UTUSAN