PUSAT Asuhan Tunas Islam Pra Tahfiz Nurul Iman (PNI) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras menganjurkan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang terdiri daripada murid dan ibu bapa yang mengambil bahagian sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia baru baru ini.
Pengurus PNI, Zakaria Ahmad berkata, selain pertandingan mewarna, pihak sekolah menampilkan kelainan dengan mengadakan pertandingan deklamasi sajak kategori murid dan pertandingan kuiz serta slogan kreatif untuk ibu bapa.
“Antara objektif utamanya mencungkil kreativiti, bakat terpendam dalam kalangan murid, menghayati perjuangan tokoh Islam tersohor seperti Tok Janggut, Mat Kilau dan Datuk Bahaman dalam menentang penjajah demi memperoleh kemerdekaan dan merapatkan hubungan antara pihak pengurusan dan ibu bapa,” katanya. – UTUSAN