PUTRAJAYA: Penganjuran Kejuaraan Surf Skate terbesar buat julung kalinya anjuran MILO mendapat sambutan yang menggalakkan.
Selain pertandingan itu, karnival keluarga turut dilangsungkan bersama iaitu pada Sabtu dan Ahad minggu lalu.
Penganjuran itu bersempena sambutan Hari Malaysia, bertempat di Taman Cabaran, Putrajaya.
Inisiatif ini mencerminkan dengan jelas sokongan kukuh dan komitmen tinggi MILO terhadap sukan dan kecergasan melalui kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO.
MILO sentiasa komited terhadap perkembangan industri sukan dan kesihatan, dengan tekad untuk membantu rakyat Malaysia mencapai potensi penuh mereka, melalui pemberian tenaga yang tidak terbatas, mendorong percubaan perkara baharu, serta menjelajahi setiap peluang yang ada.
Tahun ini, MILO telah menggerakkan komuniti sukan surf skate dengan mengadakan Kejuaraan Surf Skate dengan berkolaborasi erat dengan Wavvy Hub Surf Skate Club.
Usaha ini menerima sambutan baik peminat surf skate di seluruh negara dan rantau Asia Pasifik, yang berkumpul untuk bersaing dalam acara selama dua hari.
Peserta-peserta berbakat ini juga telah memperagakan kemahiran unik dan teknik-teknik surf skate yang penuh bertenaga bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM40,000.
Mereka juga menunjukkan semangat serta dedikasi tinggi dalam dunia sukan yang begitu memukau ini.
Muhamad Nor Afiq Haikal dan Faye Tan dari Malaysia masing-masing bergelar juara bagi kategori Piala Terbuka Lelaki dan Wanita, telah menerima hadiah wang tunai bernilai RM3,000 setiap seorang serta
barangan tajaan lain seperti pakej 1 tahun pendaftaran masuk percuma ke Wavvy Club, satu tiket
untuk pakej 3 hari dua malam di Surf Perhentian, satu set lengkap YOW Performance Board, baucar tunai Rip Curl berjumlah RM500 dan kontrak duta dengan Chillax (Cariuma) selama 1 tahun serta dua pasang
Cariuma.
Sementara itu, Nitinai Sorrawit Jinyong dari Thailand dan Cmylia Lai dari Malaysia yang dinobatkan sebagai juara Plat Terbuka Lelaki dan Wanita, telah menerima baucar tunai Rip Curl bernilai RM400 dan barangan tajaan lain.
Juara bagi kategori kanak-kanak juga membawa pulang hadiah menarik yang merangkumi satu set lengkap YOW Board, pakej 3 bulan pendaftaran masuk percuma ke Wavvy Club, dan baucar tunai bernilai RM200 dari Rip Curl.
Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO, Nestle (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen, berkata pihaknya sentiasa menyokong pembangunan sukan negara dalam apa jua jenis sukan.
“Kami di MILO meyakini bahawa pembelajaran melalui sukan adalah langkah penting dalam perkembangan kanak-kanak.
“Sama ada melalui sukan surf skate, badminton, bola sepak, atau mana- mana sukan asas, aktiviti- aktiviti ini membentuk kemahiran, ketabahan, dan keyakinan diri, sambil menghimpun nilai-nilai positif seperti komunikasi, semangat bekerjasama, dan tanggungjawab.
“Kami bersyukur dengan sokongan luar biasa yang diberikan oleh komuniti surf skate, rakan
kongsi, penaja, dan peserta yang telah menjayakan acara ini.
“Memandang kepada perjalanan MILO di Malaysia sejak dahulu, slogan ‘Malaysia Boleh’ yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1992 sempena Sukan SEA 1993, ia masih membawa makna besar serta membangkitkan semangat perpaduan dalam kalangan kami sebagai rakyat Malaysia.
“Saya berharap ia akan terus memberi motivasi kepada kita semua untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan menjadi sejarah yang bermakna. Mari kita terus mencapai kejayaan bersama-sama di bawah slogan #MalaysiaBolehBersamaMILO,” katanya.
Selain daripada Kejuaraan Surf Skate pelbagai aktiviti turut disediakan oleh untuk para pengunjung yang hadir.
Sepanjang dua hari penganjuran program ini, sambutan diterima sangat positif dan ia mendorong MILO
untuk kekal komited dalam menganjurkan lebih banyak acara sukan dan aktitviti dalam masa yang
terdekat untuk belia dan komuniti-komuniti sukan.-UTUSAN