PASUKAN KM Thunder’z dari Kuala Muda muncul juara Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Uniti Peringkat Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
Pasukan itu menerima hadiah RM3,000, pingat dan piala pusingan manakala tempat kedua dimenangi Pasukan GSL dari Kota Setar dan ketiga, Pasukan Freedom (Kubang Pasu).
Sebanyak 21 pasukan bola jaring di seluruh negeri Kedah menyertai kejohanan itu anjuran Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) serta Persatuan Bola Jaring Negeri Kedah (PBJNK). – UTUSAN