Hore-Hore Kemerdekaan uji pengetahuan sejarah tanah air - Utusan Malaysia

Hore-Hore Kemerdekaan uji pengetahuan sejarah tanah air

SEBAHAGIAN daripada peserta pertunjukan fesyen pakaian kemerdekaan bergambar kenangan dengan jawatankuasa penganjur sempena Program Hore-Hore Kemerdekaan di Pasaraya Mydin Mall Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROGRAM Hore-Hore Kemerdekaan Ke-66 yang diadakan di Pasaraya Mydin Mall Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini berlangsung penuh warna-warni bagi meraikan Hari Kebangsaan.

Program itu anjuran bersama Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP), Majlis Kebudayaan Negeri Pulau Pinang (MKNPP), Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) Pulau Pinang.

Ketua Satu 2PNP, Datuk Anuar Ahmad berkata, pengunjung berpeluang melihat pertunjukan fesyen pakaian merdeka, persembahan boria, deklamasi puisi dan lagu patriotik.

Katanya, melalui program begini, ia memberi peluang kepada orang ramai naik ke atas pentas membuat persembahan masing-masing serta menjawab soalan kuiz berkaitan sejarah tanah air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya