GSEEP ziarah pesakit, sampaikan sumbangan - Utusan Malaysia

GSEEP ziarah pesakit, sampaikan sumbangan

KAMARUL Azman Khamis (kiri) melawat dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Kampung Lubok Merbau, Pedu, hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pengarah Ghazali Shafie Graduate School (GSEEP) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Kampung Lubok Merbau, Pedu.

Kamarul Azman juga meluangkan masa beramah mesra dengan pesakit berkenaan, Zahari Jamil yang baru pulang ke rumah selepas dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah akibat komplikasi pembedahan di kaki.

Bersama dalam kunjungan tersebut, Ketua Wanita UMNO cawangan di situ, Yazah Said dengan penduduk setempat.

“Kunjungan tersebut sebagai tanda kecaknaan dan keperihatinan dengan saling menziarahi.

“Ini juga menunjukkan keakraban dan ukhwah yang baik dalam kalangan masyarakat setempat di dalam kita menzahirkan kecintaan dan saling mengambil berat antara satu sama lain,” kata Kamarul Azman.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya