FPL UMS kongsi ilmu ternakan kelulut - Utusan Malaysia

FPL UMS kongsi ilmu ternakan kelulut

BARISAN penyelidik dan pengurusan Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan bersama Ahli Jemaah Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sandakan ketika menghadiri sesi perkongsian ternakan lebah kelulut di Insektarium, FPL, Universiti Malaysia Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FAKULTI Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan mengadakan perkongsian ilmu ternakan lebah kelulut dan khasiat madu kepada Ahli Jemaah Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sandakan, baru-baru ini.

Sesi perkongsian disampaikan pensyarah penyelidik yang juga Ketua Insektarium dan Living Lab RagBio, Prof. Madya Dr. Suzan Benedick @ Sarah Abdullah di Insektarium, FPL.

Antara yang dikongsikan termasuklah dapatan hasil penyelidikan berkaitan ciri-ciri madu kelulut tulen yang dibiayai Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS).

Sesi perkongsian itu dihadiri seramai 35 ahli PPK terdiri daripada 24 ketua-ketua unit dan 11 anggota pengurusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya