PASUKAN bola jaring Terengganu telah menyumbang pingat emas yang kelapan untuk Terengganu dalam Temasya Sukan Anak-Anak Yatim Se-Malaysia (SUKYA) 2023 yang berlangsung di Pulau Pinang baru-baru ini.
Selain bola jaring, terdapat 15 acara dipertandingkan dalam temasya kali ini yang bertempat di Stadium Universiti Sains Malaysia (USM).
Antaranya sukan olahraga, bola tampar, bola sepak, badminton, sepak takraw, ping pong, tarik tali, congkak, dam aji, renang, memanah, petanque dan tenpin boling.
Kejohanan kali ini juga melakar kenangan manis buat pasukan bola jaring apabila lima pemainnya diiktiraf sebagai pemain terbaik sepanjang pertandingan berlangsung. – UTUSAN