100 peserta memeriahkan Zapin Yok! @B5 anjuran Yayasan Jcorp - Utusan Malaysia

100 peserta memeriahkan Zapin Yok! @B5 anjuran Yayasan Jcorp

PARA peserta bergambar beramai-ramai selepas mengambil bahagian dalam Zapin Yok! @B5 di Johor Bahru, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 100 peserta menyertai Zapin Yok! @B5 anjuran Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Johor dan Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor (Pe-Zapin) di B5 Johor Street Market, Johor Bahru, baru-baru ini.

Program itu menampilkan variasi zapin negeri Johor yang berkonsepkan ‘Main Zapin’, iaitu gabungan sketsa dan teater dalam seni tari zapin.

Ketua Yayasan JCorp, Zaidatul Zurita Abdul Rahman berkata, program seumpama itu julung kali diadakan oleh pihaknya selaras dengan bidang fokus utamanya dalam seni, budaya dan warisan.

Program itu diharap dapat membina platform bagi penggiat seni tempatan berkongsi ilmu dan pengalaman, selain menyemai rasa cinta terhadap seni budaya bangsa Johor.

Lebih 15 tarian zapin dipersembahkan oleh para peserta di bawah naungan Pe-Zapin, antaranya Zapin Kores, Zapin Tanjung Labuh, Zapin Lapis Batu Putih, Zapin Dayung, Zapin Lenga, Zapin Seri Bunian, Zapin Putar Lam, Zapin Pulau Aur dan Zapin Tenglu.

Bengkel tarian zapin turut diadakan dan disertai lebih 100 peserta terdiri daripada komuniti setempat, pelajar dan penuntut universiti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya