Warga UiTM Cawangan Selangor gotong-royong cegah denggi - Utusan Malaysia

Warga UiTM Cawangan Selangor gotong-royong cegah denggi

WARGA Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor bergambar bersama sempena Program Gotong-Royong Perdana 2023 bagi mencegah demam denggi dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Selangor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIRA-KIRA 100 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor (UCS) mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan kampus dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Selangor bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes penyebab wabak denggi.

Program sempena sambutan Hari Kebangsaan itu dirasmikan Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi) Menjalankan Tugas-Tugas Rektor UCS, Prof. Dr. Asmah Awal yang turut dihadiri wakil-wakil MPKS dan PKD.

Asmah berkata, program bersifat pencegahan tersebut bukan sahaja diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan tetapi serentak dengan Hari Nyamuk Sedunia yang disambut pada 20 Ogos setiap tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya