Rakan Niaga Tapah Selatan semarakkan ‘Semangat Merdeka’ - Utusan Malaysia

Rakan Niaga Tapah Selatan semarakkan ‘Semangat Merdeka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lebih 300 Jalur Gemilang pelbagai saiz dikibarkan di Hentian Rehat dan Rawat Tapah (arah Selatan) sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-66 Ogos ini.

Program anjuran Rakan Niaga dan PLUS Malaysia Berhad ini turut melibatkan hampir 50 kakitangan yang secara sukarela ingin memastikan premis perniagaan ini menarik sebagai lokasi persinggahan pengunjung yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan.

Mengangkat tema Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, sekaligus memastikan usaha menyemarakkan semula semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia sekaligus menyatu padukan rakyat berbilang kaum dan agama supaya kekal hidup dalam keadaan majmuk dan harmoni.

Menurut Penyelaras Projek, Encik Kaswan Mat Zain, 51, program seumpama ini merupakan acara tradisi yang wajib mereka lakukan setiap kali tibanya bulan kemerdekaan. Selain merupakan usaha murni ia juga merupakan ingatan untuk setiap rakyat menyahut seruan kerajaan bagi sama-sama memperkukuhkan perpaduan dan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Penyelaras Projek, Encik Kaswan Mat Zain

“Dengan adanya program begini kita berharap orang ramai terutamanya pengunjung tidak lupa untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan remaja agar mereka dapat mendalami erti sebenar kemerdekaan dan semangat cintakan tanah air,”

“Wira-wira negara yang telah terkorban, anggota keselamatan negara dan petugas barisan hadapan adalah insan yang perlu kita kenang jasanya, tanpa keringat dan usaha mereka tidak mungkin kita dapat mengecap kemakmuran seperti hari ini.”

“Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersatu hati dan berganding bahu agar negara tercinta ini terus makmur, stabil dan dihormati di mata dunia,” katanya.

Seawal Ogos lagi persiapan rapi untuk menjayakan program ini telah dilakukan apabila semua rakan niaga menyatakan persetujuan untuk melibatkan diri. Walaupun terpaksa mengeluarkan kos dan perbelanjaan sendiri, namun penat lelah itu berbaloi apabila melihat hasil yang menjadi kenyataan.

Beberapa petugas membuat dekorasi di ruang medan selera R&R Tapah (arah selatan)

Penghulu Hentian Rehat dan Rawat (arah Selatan), Suhaila Kamaruddin, mengakui walaupun terdapat kekangan tugas dan masa daripada rakan niaga, namun komitmen untuk merealisasikan program ini tetap berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Bulan kemerdekaan ini hanya berlaku sehari dalam setahun, dan ini adalah kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita sepanjang 66 tahun.Kegemilangan dan semangat ini haruslah disemarakkan agar semangat cintakan negara itu tidak akan pudar dalam jiwa kita semua.”

“Selain dari hiasan jalur gemilang, kami juga membuat beberapa replika lain seperti papan iklan gergasi, bunga raya, hiasan berkonsepkan rempah ratus, galeri kemerdekaan serta papan tanda yang turut menyemarakkan bulan kemerdekaan yang berlangsung Ogos ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya