PENDUDUK di Taman Tulip 4, Seksyen 29, Shah Alam ‘berperang’ sesama mereka bagi menzahirkan semangat kecintaan pada negara sempena Hari Kebangsaan Ke-66 dengan menghias kediaman masing-masing menggunakan Jalur Gemilang.
Pengerusi Persatuan Taman Tulip 4, Mohd Ghazally Abdul Razak berkata, pihaknya terkejut melihat kesungguhan luar biasa penduduk yang terdiri daripada 45 keluarga demi sambutan merdeka kali ini.
“Ini merupakan kali pertama pihak Ahli Jawatankuasa Taman Tulip 4 menganjurkan Program Kibaran Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan. Tujuan Program ini diadakan adalah bertujuan menyemarakkan lagi Hari Kebangsaan dengan adanya kibaran Jalur Gemilang yang dipasang di setiap kediaman masing masing.
“Selain itu program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama penduduk bagi mengenali antara satu sama lain,” katanya. – UTUSAN