SERAMAI 17 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak dipilih menjalani Program Mobiliti Antarabangsa Latihan Mengajar Outbound di Krabi, Thailand.
Satu majlis pelepasan peserta rombongan program itu diketuai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof. Madya Dr. Saipolbarin Ramli berlangsung di Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI, baru-baru ini.
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPSI, Prof. Dr. Marzita Puteh berkata, ini kali pertama pelajar Program Bahasa Arab dan Pendidikan dipilih menjalani latihan mengajar di Ekkapap School Krabi, Thailand selama lapan minggu.
Pengarah Eksekutif Kibas Enterprise, Mohamad Ibrahim Zainuddin turut memberi kerjasama dengan menyumbang wang perbelanjaan kepada pelajar setelah dipilih menyertai program itu. – UTUSAN