LEMBAGA Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar serta Jabatan Sains Sosial Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman baru-baru ini menganjurkan program Teen Talk di UTC Alor Setar, Kedah.
Dalam program itu, guru pelatih major Sejarah, IPG Kampus Darulaman diberikan pendedahan untuk mengenali dan menilai diri serta kapasiti masing-masing di bawah slot ‘Merdeka Kah Saya?’.
Di samping itu, Pengarah LPPKN Negeri Kedah, Chai Cheng Ho @ Dennis Chai turut memberikan pencerahan tentang kepentingan perpaduan kaum sempena Hari Kebangsaan ini.
Guru pelatih yang hadir menyuarakan bahawa program itu amat bagus dan membantu mereka untuk menjadi warganegara cemerlang dan mereka mengharapkan agar program sebegini seharusnya diadakan secara berkala untuk membimbing generasi muda. – UTUSAN