Konvoi merdeka libatkan 283 ahli Persatuan Superbikes Malaysia - Utusan Malaysia

Konvoi merdeka libatkan 283 ahli Persatuan Superbikes Malaysia

WAN Rakemi Wan Zahari (kanan) menyambut ketibaan peserta konvoi Kembara Merdeka 66 (KM66) yang tiba di Tanah Merah, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 283 ahli Persatuan Superbikes Malaysia (SAM) yang menjayakan konvoi kembara Merdeka 66 (KM66) dijamu dengan gulai kawah semasa singgah di Tanah Merah, Kelantan oleh UMNO Bahagian Tanah Merah.

Konvoi sejauh 1,429 kilometer (km) yang merentasi lapan negeri itu akan berakhir pada 31 Ogos bertujuan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Antara negeri yang terlibat ialah Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Selangor.

Turut serta semasa konvoi Timbalan Presiden SAM, Datuk Sulaiman Samia’an.

Sejurus tiba di Tanah Merah, konvoi itu disambut oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN