IPDM santuni pelajar B40 di pedalaman - Utusan Malaysia

IPDM santuni pelajar B40 di pedalaman

SUKARELAWAN menyantuni pelajar daripada golongan B40 di Sekolah Kebangsaan Perik, Kuala Nerang, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRIHATIN dengan nasib murid-murid di kawasan pedalaman yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar B40, Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM) turun padang menyantuni pelajar Sekolah Kebangsaan Perik, baru-baru ini.

Pengarah IPDM, Prof. Madya Dr. Rohafiz Sabar berkata, pendidikan merupakan nadi pembangunan sesebuah negara yang bergerak maju sekiranya rakyat mendapat pendidikan seawal kanak-kanak sehingga ke menara gading kerana mereka inilah yang akan mencorakkan masa depan negara.

“Program ini dapat membuka minda peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, dalam meneruskan pembelajaran ke menara gading,” katanya.

Objektif program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan kepimpinan masa depan di samping mempromosikan UUM sebagai tempat menimba ilmu di rimba hijau serta membantu mereka mendapat gambaran awal tentang aktiviti pembelajaran di UUM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya