Futsal merdeka erat hubungan PWP, GrabFood - Utusan Malaysia

Futsal merdeka erat hubungan PWP, GrabFood

PEMAIN Persatuan Wartawan Perlis (PWP) dan GrabFood bergambar bersama Jalur Gemilang sebelum perlawanan futsal merdeka di Arena Futsal UTC, Kangar, Perlis baru-baru ini. – UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPENA sambutan bulan Kebangsaan, Persatuan Wartawan Perlis (PWP) dan GrabFood mengambil inisiatif mengadakan perlawanan futsal merdeka di Arena Futsal UTC, Kangar, Perlis baru-baru ini.

Para pemain dari kedua-dua pasukan turut bergambar bersama Jalur Gemilang sebelum beraksi dalam perlawanan yang bermula pada pukul 9.30 sehingga 10.30 malam itu.

Mereka yang mengikuti perlawanan berkenaan mempamerkan aksi hebat dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Objektif perlawanan tersebut selain daripada menyemarakkan sambutan bulan Kebangsaan ia juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk budaya sukan dalam kalangan peserta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya