Exco Selangor berarak rai merdeka dengan guru, murid SK Batu Laut - Utusan Malaysia

Exco Selangor berarak rai merdeka dengan guru, murid SK Batu Laut

BORHAN Aman Shah (tengah) menyertai perarakan bersempena Hari Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Batu Laut, Selangor baru-baru ini. – UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMBUTAN Hari Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Batu Laut, Selangor diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah.

Beliau yang juga bekas pelajar sekolah tersebut tidak melepaskan peluang berarak bersama guru dan murid.

Wakil rakyat berkenaan yang merupakan Exco kerajaan negeri dan mengekalkan kerusi kawasan itu bagi penggal kedua berturut-turut juga diberikan kesempatan untuk berucap.

Tidak ketinggalan ialah Guru Besarnya, Azmi Kamal Mat Lazim yang berharap hampir 500 pelajar sekolah itu yang terletak di Tanjong Sepat agar menghayati erti kemerdekaan sebenar.

Borhan yang kelihatan segak berpakaian seragam pengakap turut menyampaikan hadiah kepada murid dengan busana tercantik bagi meraikan kemuncak program itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya