ADUN Kota Anggerik edar 400 Jalur Gemilang kepada sekolah, pengusaha pasar basah - Utusan Malaysia

ADUN Kota Anggerik edar 400 Jalur Gemilang kepada sekolah, pengusaha pasar basah

NAJWAN Halimi (dua dari kiri) memberikan Jalur Gemilang kepada beberapa murid SK Seksyen 6, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. – UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBANYAK 400 Jalur Gemilang diagihkan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik di beberapa buah sekolah dan pasar basah dalam DUN tersebut sejak beberapa hari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi berkata, bendera tersebut diberikan secara percuma kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 6, Pasar Moden Seksyen 6 dan Medan Selera Seksyen 2 bersempena Hari Kebangsaan ini.

“Tujuan kita menggerakkan inisiatif ini demi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat, di samping mengenal penduduk di sekitar kawasan DUN ini dengan lebih rapat.

“Usaha kibar Jalur Gemilang di kediaman, premis perniagaan dan kenderaan masing-masing bukti perpaduan rakyat berbilang kaum yang cintakan Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya