2PNP anjur Hari Puisi - Utusan Malaysia

2PNP anjur Hari Puisi

PESERTA bergambar kenangan semasa menyertai Hari Puisi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2023 di Dewan Perpustakaan Awam Mengkuang Titi, Permatang Pauh baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERSATUAN Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP) menganjurkan Hari Puisi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2023 di Dewan Perpustakaan Desa Mengkuang Titi, Permatang Pauh baru-baru ini.

Ketua persatuan itu, Datuk Anuar Ahmad berkata, hampir 100 orang peserta menyertainya termasuk pelajar Tingkatan 5 dan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkuang dan SMK Penanti.

Pada majlis itu, penceramah yang juga Pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Pulau Pinang, Abd. Aziz Ishak turut mengulas buku Kerana Manusia Bukan Kertas karya Ibnu Din Assingkiri dan Rintisan Catatan Peribumi karya Zurhan Bakar, kedua-duanya adalah ahli 2PNP.

“Melalui program begini ia boleh mengeratkan hubungan baik di antara ahli persatuan, kakitangan perpustakaan awam, pesara kerajaan, pelajar sekolah menengah serta komuniti tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya