UMS, Koperasi Ukhuwah anjur Seminar Kesedaran Rehabilitasi - Utusan Malaysia

UMS, Koperasi Ukhuwah anjur Seminar Kesedaran Rehabilitasi

ISNIN Aliasnih @ Liasnih (tiga dari kiri) dan Rosalam Sarbatly ketika program Seminar Kesedaran Rehabilitasi bersama penduduk setempat di Kampung Pilajau, Beaufort.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FAKULTI Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Hospital UMS (HUMS) dan Koperasi Ukhuwah Kota Klias Bhd. menganjurkan Seminar Kesedaran Rehabilitasi, di Beaufort, Sabah baru-baru ini.

Turut diadakan Pelancaran Rehab Living Lab bagi memperkasa komuniti sebagai pemberi perkhidmatan rehabilitasi asas kepada penduduk setempat melalui program Community-Based Rehabilitation (CBR) atau pemulihan berasaskan komuniti.

Majlis perasmiannya disempurnakan Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih @ Liasnih bertempat di Kampung Pilajau, Beaufort.

Dalam ucapannya, Isnin menyarankan para pegawai kerajaan tempatan dan pemimpin komuniti memberi sokongan penuh terhadap usaha murni yang dijalankan secara kerjasama padu antara UMS dengan komuniti Beaufort.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Dr. Rosalam Sarbatly. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya