Taman Desa Jati terima kunjungan delegasi Universiti Kebangsaan Australia - Utusan Malaysia

Taman Desa Jati terima kunjungan delegasi Universiti Kebangsaan Australia

KAWASAN Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Acacia, Nilai menerima kunjungan delegasi dari Universiti Kebangsaan Australia di kawasan itu baru-baru ini. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAWASAN Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Jati (Acacia Park) di Nilai baru-baru ini menerima kunjungan seramai 25 orang delegasi dari Universiti Kebangsaan Australia.

Dalam kunjungan itu, kesemua mereka diberikan taklimat ringkas berkenaan program kitar semula KITARecycle yang dijalankan syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) di dalam kawasan itu.

Delegasi yang hadir turut diberikan taklimat ringkas berkenaan KITARecycle Community Based Program iaitu projek pengkomposan sisa makanan oleh rakan strategik SWM Environment, Macrotech Solution Sdn. Bhd.

KRT Taman Desa Jati telah berjaya mengumpulkan sebanyak lima tan barangan kitar semula sejak menyertai program KITARecycle pada tahun 2020 dan meraih nilai mata ganjaran sekurang-kurangnya RM250 sebulan melalui jalinan permuafakatan bersama penduduk taman dengan menyumbang barangan kitar semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya