KANGAR: 50 penduduk menyertai program santai bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Negeri Kedah di dewan Kampung Pauh, Pedu hari ini.
Program tersebut disertai pengerusinya, Dr. Kamarul Azman Khamis dan Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Badrol Hisham Hashim bagi beramah mesra bersama penduduk setempat.
Penduduk yang hadir adalah dari Kampung Tanjung Luar, Kampung Pauh, Kampung Pinang, Kampung Tong Pelu, Kampung Tanjung Thai dan Kampung Bunga.
“Program itu bertujuan mengeratkan ukhwah silatulrahim sesama penduduk di situ. Kita juga meraikan para penduduk,” kata Kamarul Azman.-UTUSAN