Pemandu ambulans Hospital Lipis korban tiga ekor lembu sempena Aidiladha - Utusan Malaysia

Pemandu ambulans Hospital Lipis korban tiga ekor lembu sempena Aidiladha

Sebahagian pemandu ambulans bergotong-royong melapah, menimbang dan membungkus daging korban untuk agihan kepada kakitangan di Hospital Lipis, Lipis baru-baru ini. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 23 pemandu ambulans Hospital Lipis menyumbangkan tiga ekor lembu untuk ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini di Hospital Lipis, Bandar Kuala Lipis baru-baru ini.

Penyelaras majlis korban, Bakri Abu Bakar berkata, penyembelihan tiga ekor ternakan itu dilakukan di Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku dan kemudiannya dibawa ke garaj kenderaan Hospital Lipis untuk dilapah secara bergotong-royong serta dibungkus daging bagi agihan kepada penerima.

“Daging korban ini diagihkan kepada seramai 587 orang kakitangan Hospital Lipis dan kami seramai 23 orang pemandu ambulans bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah korban tahun ini setelah sekian lama merancang serta berpakat mengumpulkan wang,” katanya di Hospital Lipis, Lipis baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya