Pecah tanah projek Taman Rakyat Damansara Damai - Utusan Malaysia

Pecah tanah projek Taman Rakyat Damansara Damai

DATUK Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir (depan, lapan dari kiri) selepas menyempurnakan pecah tanah projek Taman Rakyat di Damansara Damai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya mengadakan majlis pecah tanah projek pembinaan tapak gerai dan kemudahan rekreasi di Taman Rakyat (People’s Park) Damai Setia atau dikenali sebagai Urban Park 1 di PJU 10 Damansara Damai.

Tujuan projek dilaksanakan adalah untuk menyelesaikan isu berkaitan penempatan peniaga tanpa lesen yang telah mencetuskan beberapa masalah seperti kawasan yang kotor dan binaan struktur halangan di Jalan PJU10/1 Damansara Damai juga aduan daripada penduduk sekitar berkaitan masalah tersebut.

Melalui cadangan pembangunan tapak gerai dan kemudahan rekreasi itu, majlis telah mereka bentuk konsep pusat peniaga secara harian yang dinamakan sebagai ‘hentian damai’ yang berinspirasikan ‘pitstop caravan’ di dalam taman dengan keluasan 1.433 ekar.

Ia menonjolkan elemen mesra alam dengan pendekatan susun atur mapan dalam jangka masa panjang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya