MSU diiktiraf di peringkat global - Utusan Malaysia

MSU diiktiraf di peringkat global

MSU mendapat pengiktirafan global sempena penganjuran Triple E Awards 2023 di Barcelona, Sepanyol.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANAGEMENT & Science University (MSU) terus mendapat pengiktirafan global apabila menerima anugerah Green University of the Year, People Choice Award dan lima teratas Engaged University of the Year bersempena penganjuran Triple E Awards 2023 di Barcelona, Sepanyol oleh Accreditation Council for Entrepreneurial & Engaged Universities (ACEEU) yang berpangkalan di Belanda.

Pencapaian tersebut adalah sebagai mengiktiraf penglibatan cemerlang dan komitmen MSU dalam aktiviti khidmat masyarakat, keusahawanan dan kelestarian alam sekitar merentasi sempadan.

Antara kategori yang dipertandingkan termasuk Global, Amerika, Afrika dan Asia Pasifik, mengiktiraf komitmen dan inspirasi kepada universiti dan institusi di seluruh dunia untuk terlibat secara lebih aktif dalam menjalankan program-program yang memberi impak positif kepada masyarakat.

Selain itu MSU turut meraih Anugerah People Choice Award apabila menerima undian tertinggi di peringkat global bersempena Triple E Awards 2023 dan ia membuktikan usaha MSU dalam melaksanakan aktiviti yang memberi impak kepada masyarakat turut mendapat sokongan universiti dan institusi di peringkat global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya