Lebih 8,000 pelari sertai NPE Highway Challenge siri ke-2

Lebih 8,000 pelari sertai NPE Highway Challenge siri ke-2

HANNAH Yeoh mengibarkan bendera semasa pelepasan peserta larian NPE Highway Challenge Siri ke-2 di Lebuhraya Pantai Baru (NPE) Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 8,000 peserta larian menyertai acara NPE Highway Challenge siri ke-2 di Lebuhraya Pantai Baru (NPE) Ahad lalu.

Acara larian yang buat julung kali diadakan selepas tiga tahun dihentikan ekoran pandemik Covid-19 itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff berkata, beliau berpuas hati dengan penganjuran kali ini selepas berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Memang kita jangka sekitar 9,000 ke 10,000 pelari untuk NPE run siri kedua ini dan kita sudah mencapai sasaran campur dengan BESRAYA sekitar 15,000. Ini pertama kali selepas Covid-19 kita buat secara fizikal dan ini memang yang ditunggu-tunggu,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

NPE Highway Challenge yang bertemakan ‘King Of The Highway’ menawarkan tiga kategori iaitu Fun Run 5km, 10km serta Cabaran Larian 21km, mengikut peringkat umur tertentu.

NPE Highway Challenge merupakan salah satu larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2023 selain Besraya Highway Challenge.

IJM Allianz Duo Highway Challenge adalah penganjuran larian kali pertama di dunia membabitkan dua lebuhraya utama di Malaysia yang diuruskan oleh IJM.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya