Kayuh basikal sambut Maal Hijrah - Utusan Malaysia

Kayuh basikal sambut Maal Hijrah

IMAM muda Masjid Pintu Geng, Mohammad Saifullah Yusoff (kiri) mengetuai seramai 60 peserta Kayuhan Maal Hijrah Masjid Mukim Pintu Geng mengelilingi kawasan kampung bagi meraikan sambutan Maal Hijrah 1445H. – UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASJID Mukim Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini menganjurkan kayuhan basikal sempena sambutan Maal Hijrah.

Aktiviti yang disertai 60 penduduk daripada pelbagai peringkat usia itu diketuai imam muda, Mohammad Saifullah Yusoff.

Kayuhan tersebut diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, kenal-mengenal sesama peserta serta kempen terhadap kesedaran kesihatan.

Ia juga memberi ruang kepada peserta dalam kalangan belia untuk mendekati golongan dewasa.

Aktiviti sambutan Maal Hijrah 1445H peringkat Mukim Pintu Geng diteruskan dengan beberapa program lain termasuk kacau bubur Asyura dan futsal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN