Jawatankuasa Adat Resam Melayu Pahang atur program perkasa adat - Utusan Malaysia

Jawatankuasa Adat Resam Melayu Pahang atur program perkasa adat

WAN Abdullah Wan Saleh (duduk kiri) dan Aripin Said (kanan) selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Adat Resam Melayu Pahang di Pekan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AHLI Jawatankuasa Adat Resam Melayu Pahang merangka pelbagai program bagi menyerlah dan mengetengahkan budaya dan adat resam Pahang kepada generasi baharu di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Abdullah Wan Saleh berkata, agenda pertama ialah bual bicara adat resam Melayu Pahang hal berkaitan adat istiadat berkaitan istana yang popular di kalangan rakyat.

Menurutnya, ikatan sehati sejiwa dengan rakyat yang terungkap ‘raja dan rakyat berpisah tiada’ memang menjadi kenyataan di negeri Pahang melalui rekod foto dan visual di media sosial.

“Kepakaran aktivitis budaya Pahang, Prof. Datuk Dr. Aripin Said bersama beberapa tokoh lain dapat menyerlahkan lagi fungsi jawatankuasa ini sebagai barisan hadapan menjaga martabat Kesultanan Pahang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya