Hoka buka cawangan pertama di KLCC, sasar golongan pelari

Hoka buka cawangan pertama di KLCC, sasar golongan pelari

Ketua Pegawai Eksekutif Rev Edition, Pornsak Chinawongwatana berucap ketika majlis perasmian cawangan pertama Hoka di KLCC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenama kasut dan pakaian sukan berprestasi tinggi yang kian mencuri minat peminat sukan larian maraton dan larian lasak, Hoka secara rasmi membuka cawangan pertamanya di pusat beli-belah Suria KLCC, hari ini.

Hoka turut merancang membuka sekurang-kurangnya tiga cawangan di Malaysia menjelang penghujung tahun ini dengan sasaran mendekati golongan pelari.

Jenema Hoka di peringkat antarabangsa juga semakin mendapat pujian di atas komitmen jenama tersebut dalam menawarkan kasut sukan yang berkualiti tinggi, tahan lasak dan selesa.

Kini dengan permintaan yang semakin meningkat terutama sekali di rantau Asia Tenggara, Hoka akan membawa inspirasi bertemakan ‘Fly Human Fly’ di dalam memastikan pengguna dapat mengekspresikan kebolehan ke tahap yang maksimum.

Hoka menampilkan kepelbagaian elemen yang menepati sasaranpengguna mereka iaitu yang gemar sukan larian lasak dan maraton.

Dengan rekaan menggunakan bahan premium, berteknologi tinggi serta tapak kusyen kasut yang menjaminkan keselesaan sepanjang larian menjadikan Hoka antara pilihan tepat buat peminat sukan larian lasak dan maraton.

Ketua Pegawai Eksekutif Rev Edition, Pornsak Chinawongwatana menyatakan kegembiraan dan keterujaan beliau ketika melancarkan perasmian butik rasmi Hoka pertama di Malaysia serta merancang untuk membuka dua lagi cawangan di Lembah Klang tahun ini.

“Kami amat teruja dan gembira melihat sambutan yang amat menggalakkan dan penantian yang ditunggu-tunggu oleh peminat Hoka serta kami akan memastikan produk yang kami tawarkan akan memberikan pilihan yang lebih baik, berkualiti setara dengan keunikan yang kami bawa selama ini.

“Hoka sentiasa menumpukan fokus utama dalam menginspirasikan pengguna untuk melangkah lebih jauh, melepasi halangan dan cabaran dengan ketahanan yang maksimum serta melakukan perkara yang sukar dengan keselasaan yang tiada tandingan.

“Cawangan kami seterusnya ialah di Tun Razak Exchange (TRX) dan kami akan mengumumkan cawangan ketiga nanti. Untuk tahun ini kami akan menumpukan kawasan Lembah Klang, dan tahun depan kami akan pergi ke tempat lain,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian cawangan pertama itu.

Tambah Chinawongwatana, Hoka telah mencapai jualan tahunan sebanyak 2 bilion dolar (RM9.07 bilion) di seluruh dunia tahun ini.

Untuk makluman lanjut dan terkini, ikuti saluran media sosial rasmi Hoka di aplikasi media sosial Instagram dan Facebook rasmi Hoka.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya