Futsal media, Jabatan Belia Perlis meriah - Utusan Malaysia

Futsal media, Jabatan Belia Perlis meriah

FAUZI Abdullah Saleh (bawah, empat dari kiri) bergambar bersama para pemain dari pasukan PWP dan Jabatan Belia dan Sukan negeri dalam perlawanan futsal persahabatan di Arena Futsal UTC Kangar, Perlis, semalam.-UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perlawanan futsal persahabatan antara Persatuan Wartawan Perlis (PWP) dan Jabatan Belia dan Sukan negeri berlangsung meriah dalam suasana kekeluargaan di Arena Futsal UTC Kangar di sini, semalam.

Perlawanan tersebut diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara dua pihak di samping memupuk semangat dan budaya sukan dalam kalangan peserta.

Perlawanan yang turut disertai Penolong Pengarah Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan negeri, Fauzi Abdullah Saleh itu berlangsung meriah dengan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan pengamal media dan jabatan itu.

Fauzi berkata, aktiviti tersebut mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain membabitkan jabatan dan media negeri ini.

Katanya, aktiviti dan kerjasama dengan media negeri ini tidak akan terhenti di sini sebaliknya akan diteruskan daripada masa ke semasa.

“Kita sangat mengalu-alukan aktiviti sukan seperti itu dalam memupuk budaya sihat dalam kalangan masyarakat di negeri ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya