60 sertai gotong-royong bersihkan kawasan taman perumahan - Utusan Malaysia

60 sertai gotong-royong bersihkan kawasan taman perumahan

SEBAHAGIAN daripada penduduk Taman Ros, Batu Pahat yang menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan taman perumahan itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 60 ahli Pakatan Muafakat Taman Ros, Batu Pahat mengadakan aktiviti gotong-royong perdana di sekitar taman berkenaan baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk membersihkan kawasan sekitar taman, menyusun dan membersihkan pelbagai alatan di stor, merekodkan barangan, meracun dan memotong rumput serta membersihkan longkang.

Penyelaras program, Mohd Rizal Saidin memberitahu, kerjasama erat penduduk menjadikan program berjalan lancar selain kesedaran betapa perlunya menjaga kebersihan taman dan mengelakkan membiaknya nyamuk Aedes dapat diterapkan.

“Aktiviti ini diadakan secara kerap dan mendapat sambutan baik. Sumbangan pelbagai peralatan daripada wakil rakyat memudahkan pelaksanaan program sedemikian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya