20 murid SK Putra sertai program Geofriendly di Bukit Jernih - Utusan Malaysia

20 murid SK Putra sertai program Geofriendly di Bukit Jernih

MURID SK Putra bergambar bersama wakil Persatuan Geoguide Perlis Geopark dan Trash Hero Perlis sempena program Geofriendly di Geotapak Bukit Jernih, Perlis baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 20 murid dari Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Putra mengikuti program Geofriendly ke Geotapak Bukit Jernih, Perlis baru-baru ini.

Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tersebut berhubung aspek geologi, biologi, flora dan fauna, ekologi dan budaya termasuk aspek arkeologi, sejarah penempatan, kesenian dan komuniti di geotapak tersebut.

Program berkenaan turut disertai oleh Trash Hero Perlis melalui Program Trash Hero Kids Book oleh Rosnani Nazri yang memberi pendedahan kepada pengurusan sampah dan plastik daripada pencemaran alam sekitar.

Pihak Persatuan Geoguide Perlis Geopark turut membawa murid berkenaan melawat ke tapak fosil, geotapak Bukit Jernih dan jelajah ke gua kering dan gua basah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya