107 lepasan SPM tajaan MAIPK sertai Hijrah Asnaf - Utusan Malaysia

107 lepasan SPM tajaan MAIPK sertai Hijrah Asnaf

LEPASAN SPM tajaan MAIPK menyertai program Hijrah Asnaf Ke Menara Gading (Hiasmega) di Lenggong, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAJLIS Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menganjurkan program Hijrah Asnaf Ke Menara Gading (Hiasmega) melibatkan seramai 107 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Belia 4B Perak telah dilantik sebagai fasilitator yang diketuai Wan Mohammad Afiq Wan Aris Fathillah (anggota MAIPk).

Antara matlamat utama penganjuran program adalah untuk memberi maklumat berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh institusi UniKL RCMP, UniKL MIMET, Kolej Profesional Mara, Kolej Poly-Tech Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, GiatMara dan Universiti Sultan Azlan Shah.

Program Hiasmega merupakan batu loncatan untuk anak-anak asnaf melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Majlis perasmian penutup disempurnakan Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Rohizan Omar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya