Teruja terima kunci rumah dari PM - Utusan Malaysia

Teruja terima kunci rumah dari PM

ANWAR Ibrahim (tengah) menyerahkan replika kunci rumah salah seorang penerima pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB di Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIADA kata-kata dapat menggambarkan kegembiraan buat 14 buah keluarga di sekitar Kota Bharu, Kelantan apabila hasrat mereka untuk memiliki rumah sendiri menjadi kenyataan menerusi program Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Lebih istimewa, kesemua penerima bertuah itu menerima kunci rumah masing-masing daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama pada majlis tersebut Pengerusi SPNB, Datuk Husam Musa.

Rata-rata penerima dilihat begitu teruja dapat melihat secara dekat selain berbual-bual ringkas dengan pemimpin nombor satu negara itu.

RMR merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu penduduk di negara ini memiliki mahligai idaman yang sempurna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya