PKPP UPM anjur Seri martabatkan seni tari Melayu - Utusan Malaysia

PKPP UPM anjur Seri martabatkan seni tari Melayu

PESERTA Program Bengkel Seni Tari Melayu 2023 bergambar di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM, Serdang, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUSAT Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) buat julung kalinya menganjurkan Program Bengkel Seni Tari Melayu 2023 (Seri) yang menjadi platform kepada peserta memartabatkan seni tari Melayu.

Seri yang bertemakan Semarak Tari Sepanjang Zaman itu telah menghimpunkan 150 penggemar serta penggiat seni tari tanpa mengira bangsa untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan memelihara warisan seni tradisi.

Fasilitator Kursus Seni Tari Melayu QKB2101 Kumpulan 2, Firdaus Ahmad Sukaimi berkata, objektif program adalah untuk memupuk pelapis seni tari Melayu bagi mengekalkan serta memelihara warisan seni tradisi kepada generasi akan datang.

Katanya, perkongsian ilmu tari Melayu diketuai oleh rakan kerjasama utama iaitu koreografer dan pemilik artistik Nyala Dance Theatre, Khairulazhar Mohtar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya