PHB pupuk literasi kewangan pelajar UMS - Utusan Malaysia

PHB pupuk literasi kewangan pelajar UMS

TIMBALAN Pengurus Besar/Ketua Pengurusan Sumber Manusia PHB, Saifulbahari Ab Rahman menyerahkan Unit Amanah Hartanah Bumiputera kepada Kasim Mansor sempena penutup program Minggu Pelaburan 2023 Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan di UMS, Kota Kinabalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABURAN Hartanah Berhad (PHB) sebagai penaja Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), mengorak langkah di dalam penglibatan bersama belia dengan menyampaikan unit AHB bernilai RM20,000 kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Inisiatif itu bakal memberi manfaat kepada 200 pelajar bumiputera UMS yang layak, dengan setiap pelajar menerima 100 unit AHB secara percuma bagi memupuk literasi kewangan dan menggalakkan pelajar memulakan pelaburan demi kemakmuran masa depan mereka.

Majlis penyampaian unit AHB diadakan di UMS yang merupakan sebahagian daripada program Minggu Pelaburan 2023 anjuran Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor merakamkan penghargaan di atas sumbangan PHB dan percaya inisiatif sebegini dapat membantu pelajar UMS memupuk sikap positif terhadap aktiviti pelaburan dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk membuat keputusan kewangan yang baik di masa hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya