Penggerak, mahasiswa UUM ziarah penduduk kampung - Utusan Malaysia

Penggerak, mahasiswa UUM ziarah penduduk kampung

KAMARUL Azman Khamis (kanan) menziarahi penduduk di Kampung Lubok, Merbau, Pedu.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Negeri Kedah bersama mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil inisiatif menziarahi masyarakat kampung di sini.

Lawatan diketuai pengerusinya, Dr. Kamarul Azman Khamis itu menziarahi keluarga seorang warga emas yang meninggal dunia baru-baru ini di Kampung Lubok, Merbau, Pedu, Padang Terap.

Sumbangan turut disalurkan kepada keluarga berkenaan.

“Penggerak sentiasa turun ke padang untuk aktiviti ziarah dan bersama-sama dengan masyarakat tanpa mengira umur dan kaum.

“Keprihatinan dan kecaknaan bersama masyarakat ini perlu diteruskan di dalam membantu komuniti setempat.

“Mudah-mudahan akan lebih mengakrabkan lagi hubungan silatulrahim dan ukhwah,” kata Kamarul Azman.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya