Penduduk Felda Jengka 10 kongsi duit beli van jenazah - Utusan Malaysia

Penduduk Felda Jengka 10 kongsi duit beli van jenazah

JANTAN Mat Saman (dua dari kanan) dan Pengerusi Badan Khairat Kematian, Wahab Salleh (dua dari kiri) memotong reben sebagai gimik perasmian van jenazah. – UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARGA Felda Mawar Jengka 10 berkongsi dana membeli van jenazah baharu jenama Toyota bernilai RM160,000 untuk kegunaan ahli kariah yang meninggal dunia.

Ketua Kampung, Jantan Mat Saman berkata, sebanyak RM90,000 disumbang generasi pertama dan kedua Felda, Badan Khairat Kematian (RM40,000) dan RM30,000 sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP).

Van jenazah baharu itu bagi menggantikan van lama yang usang dan ditempatkan di Masjid Ubudiah Jengka 10 bagi urusan pengambilan dan penghantaran jenazah.

“Saya bangga dengan sokongan penduduk Felda Jengka 10 dan terima kasih kepada MUIP,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya