Pemadam Kuala Muda bentuk jawatankuasa aktiviti tahunan - Utusan Malaysia

Pemadam Kuala Muda bentuk jawatankuasa aktiviti tahunan

ANTARA ahli Pemadam daerah Kuala Muda yang hadir sempena Program Hubungan Mesra 2023 di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MESYUARAT Penaja Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) daerah Kuala Muda sempena Program Hubungan Mesra 2023 berlangsung di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Setiausahanya, Abd Malek Baharuddin berkata, sebuah jawatankuasa dibentuk bagi menjalankan aktiviti tahunan.

Katanya, Pegawai Daerah Kuala Muda, Ilias Shuib dilantik sebagai Pengerusi Pemadam Daerah Kuala Muda; Timbalannya, Shaari Ismail; Naib Pengerusi 1, Dr. T. Novalan dan Naib Pengerusi 2, Natipah Abu.

“Sehubungan itu, Pemadam daerah Kuala Muda telah dipilih menjadi tuan rumah Sambutan Hari Anti Dadah Antarabangsa 2023 Peringkat Negeri Kedah di Surau Imaduddin Flat Paya Nahu, Sungai Petani pada 24 Jun ini, mulai pukul 2.30 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya